Wednesday 28 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 sekalian... Sudah agak lama saya tidak meng update  blog kerana tekanan kerja yang semakin mencabar...

   Tahun 2012 sudah hampit meninggalkan 2011, segala sukaduka akhirnya akan menjadi kenangan lalu, meningkatkan usia kita semakin hampir kepada peng akhirannya...

   Untuk sahabat2 yang mengenali diri saya, saya dikesempatan ini memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap bicara atau pun dari perbuatan yang khilaf... Saya insan biasa yang lemah di pelbagai sudut tidak lari dari melakukan kesilapan...

   2012, ayam serama semakin hebat, cutting, warna, selam, tarik, balung, kaki semuanya semakin di upgrade... Breeder dan player semakin bertambah dan disusuli dengan nama2 yang sohor dan hebat seperti Pok 8, Awang Selamat, Cikgu Zainura, Otai Adham dan ramai lagi... Yang paling saya bangga mereka semua sungguh friendly dan berwawasan...

   Dan saya disini juga cuba memperbaiki "team" saya untuk berdiri semeja dengan ayam2 otai sohor... Tak dapat BOTB menang kategori pun dah cukup baik... boleh ka ??! Tapi adat pertandingan mesti ada yang menang dan kalah... bukan nak "ligan" imbuhan, kalau dapat mengeratkan siratulrahim pun sudah cukup baik....

   Diakhirnya saya berdoa dan berharap semoga ayam serama terus diminati dan bertambah "follower" nya... Insyaallah.

No comments:

Post a Comment