Monday 2 September 2013

Semangat Berserama

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan serama yang berada di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak juga di seluruh negara. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini semoga semuanya berada didalam sihat sejahtera. Di sini SN ingin juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua. Walaupun agak terlewat disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja. 

Gfox


Di sini SN cuma berharap agar minat membela ayam serama ini terus berkembang dan mewujudkan suasana pertandingan yang meriah dan kerap. Saban hari jika dilihat dari segi kualiti ayam serama semakin menarik perhatian. Tahniah kepada breeder yang berjaya menghasilkan produk-produk juara.

Scorpio

Sebenarnya SN juga bukanlah breeder yang aktif cuma melakukannya secara hobi masa lapang. SN lebih suka pergi ke pertandingan untuk melihat ayam rakan-rakan serama yang lain. Alhamdulillah dalam masa yang sama SN banyak berjumpa dengan rakan-rakan serama dari merata tempat.

Aloha

Jika dilihat sekarang sudah banyak group-group serama yang wujud hasil daripada kesinambungan dari orang-orang lama yang berusaha tanpa putus asa kerana tanpa mereka mungkin SN juga tidak berada di lapangan ini.

Mat Tapaw

Akhir kata, terima kasih SN ucapkan kepada semua rakan-rakan yang selama ini memberi semangat kepada SN untuk terus berserama... Terima kasih

Warlord








No comments:

Post a Comment